About IMAM
‘Islamic Medical Association of Malaysia’ atau juga dikenali sebagai IMAM telah diasaskan di Malaysia pada tahun 1990 dan bertindak sebagai sebuah badan professional yang terdiri daripada golongan professional dari bidang perubatan, paramedik dan pelajar perubatan yang melaksanakan aktiviti perubatan berlandaskan Islam.
Untuk makluman, ahli-ahli IMAM telah lama bergiat aktif dalam memberikan khidmat perubatan dan kebajikan sosial di kawasan yang ditimpa kemusnahan akibat peperangan seperti di Iraq, Bosnia, Chechnya, Maluku dan yang terbaru di negara-negara seperti Afghanistan, Iran dan Sudan.
IMAM turut bekerjasama dengan ‘Federation of Islamic Medical Association’ (FIMA) dan ‘Malaysian Medical Relief Society’ (MERCY) dalam usaha untuk menjalankan program ‘relief mission’ di pelbagai kawasan yang dilanda bencana atau malapetaka. Bersesuaian dengan perkembangan organisasi IMAM ini, satu lagi cawangan IMAM telah ditubuhkan di Ireland yang dikenali sebagai IMAM Ireland.
IMAM Ireland ‘Student Chapter’ adalah satu pertubuhan yang berdaftar dengan ‘Malaysian Students Department’ (MSD) dan baru sahaja ditubuhkan kira-kira 5 tahun yang lalu. Dengan keahlian melebihi 100 orang dari kalangan pelajar perubatan muslim Malaysia yang menuntut di segenap pelusuk Ireland, IMAM adalah satu pertubuhan yang banyak memberi sumbangan kepada para pelajar Malaysia di Ireland khususnya pelajar perubatan.
Kini keahlian IMAM melebihi 3000 orang, terdiri daripada pelajar perubatan, paramedik, doktor sehinggalah dekan-dekan fakulti perubatan tempatan. IMAM Ireland merupakan salah sebuah cawangan IMAM yang bergiat aktif melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)