Wednesday, April 28, 2010

Saluran terbaik untuk anda.

0 comments
*sila klik gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas. =)

Inginkan sesuatu yang baik? Maka, berikanlah sesuatu yang baik terlebih dahulu.

“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)

Alhamdulillah, sekali lagi pihak kami membuka satu lagi saluran untuk anda-anda di luar sana menambahkan pahala amal anda, mari kita bersedeqah! Ya, bersedeqah.

Derma ini bukanlah bertujuan untuk kepentingan peribadi mahupun persatuan, namun hasil derma akan digunakan 101% untuk penduduk Felda Sahabat yang akan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek Khidmat Mesra Sabah 2010!

Kami memerlukan wang anda untuk membantu mereka di sana. Tunjukkanlah keprihatinan dan kasih sayang anda terhadap saudara anda di sana. Mari menderma! Jom!


Friday, April 23, 2010

It's just as little as ''4 EURO for 1 Person''

0 comments

TENTANG PROJEK 4 FOR 1

1. Team Khidmat Mesra Sabah akan menganjurkan projek Sunathon Julai ini di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.

2. Seramai 200 orang pelajar sekolah rendah dan menengah dianggarkan akan terlibat dalam projek tersebut.

3. Anggaran kos perubatan bagi seorang pelajar = RM 20 @ EUR 4

4. Anggaran kos perubatn bagi 200 pelajar = RM 20 X 200 (EUR 4 X 200) = RM 4000 @ EUR 800

5. Sehubungan itu, team Khidmat Mesra Sabah berbesar hati untuk menerima sumbangan daripada sesiapa sahaja yang berminat untuk menaja kos perubatan bagi projek Sunathon tersebut dengan kadar 4 euro seorang.

6. Setiap sumbangan boleh diserahkan kepada wakil team Khidmat Mesra Sabah yang berkenaan. Pembayaran Online juga diterima dgn tajuk '4 for 1'. Setiap pertanyaan boleh email kepada: amalina_osman @yahoo.com

Butir Akaun Online (UK dan EIRE):

Ireland
  • Nama: Nurul Amalina Binti Osman
  • Bank: Allied Irish Bank
  • Acc no: 20691051
  • Sort code: 93-10-63
UK
  • Nama: Adlan Wafi Ramli
  • Bank:
  • Acc No: 22291193
  • Sort code: 40-10-06

7. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan diberkati dan membawa seribu pengertian kepada pelajar-pelajar di Felda Sahabat, Sabah.


Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. (2:265)